Kalau entry sebelum ni Ira ceritakan tentang pengalaman berpuasa dengan Set Puasa Shaklee, kali ni Ira nak kongsikan tips pula macam mana nak kurus sebelum Hari Raya. Ramai yang nak kurus bukan semata-mata nak nampak langsing atau cantik ketika raya tetapi jugak inginkan badan yang lebih fit, ringan dan aktif untuk beribadah selain nak jalani kehidupan yang lebih sihat setiap hari.
Lebih kurang 8 hari lagi untuk kita menyambut bulan Ramadhan. Dan untuk pengetahuan semua bulan Ramadhan adalah waktu yang paling sesuai untuk kita turunkan beratkan menjelang Hari Raya nanti.
Kenapa Ramadhan bulan terbaik untuk kurus?:
- Sistem badan kita automatik menjalani proses Detoks
- Defisit kalori yang berlaku kerana kita mengurangkan kekerapan makan
- Mudah kurus jika menu yang dipilih sewaktu sahur dan berbuka membantu menurunkan berat badan
- Proses KETOSIS & AUTOPAGHY akan berlaku seawal 8 jam berpuasa.
Untuk turunkan berat badan yang ideal, kita perlu bersedia dari segi mental dan fizikal. Nak ubah lifestyle bukan perkara yang mudah lebih lagi terpaksa mengorbankan lifestyle yang lama. Nak sesuaikan dengan lifestyle baru yang lebih sihat perlukan mental dan semangat yang kuat.
Perkara pertama yang perlu dilakukan sebelum menurunkan berat badan, kita perlu menetapkan target yang diinginkan. Berapakah berat yang perlu dicapai? Hal ini bertujuan untuk memberi semangat supaya kita sentiasa berada pada track yang betul.
Kedua elakkan makan dan minum dari sumber gula putih. Ketika berpuasa kita lebih cenderung untuk berbuka dengan makanan dan minuman yang manis. Semasa gula memasuki badan, ia mengeluarkan insulin dan semakin tinggi gula atau karbohidrat yang anda ambil, semakin tinggi kadar insulin dan lemak yang 'bertimbun' dalam badan. Mana tak gemuk, kan? Kita boleh menggantikan minuman manis dengan mengambil Performance drink daripada Shaklee. Ia merupakan air isotonik tidak bergas dimana ia bertindak mengekalkan bendalir dalam badan dan membuat badan kita kekal hidrat.
Ketiga ambil protein dengan cukup ketika sahur. Badan yang cukup protein akan kelihatan lebih fit dan langsing. Elakkan daripada mengambil nasi ketika sahur kerana tinggi Glisemik Indeks (GI). Salah satu sumber protein terbaik semasa sahur adalah Protein Shake Shaklee kerana rendah Glisemik Indeks (GI).
Tetapi ada satu lagi cara yang paling berkesan boleh diamalkan ketika sahur dan berbuka untuk menurunkan berat badan iaitu dengan mengamalkan Set Kurus Shaklee atau Set Hello New Shaklee.
|
Testimoni Set Hello New You |
Berminat untuk dapatkan set promotion Set Kurus Shaklee 2023, bulan ini iaitu Hello New You Set boleh hubungi Ira di WHATSAPP . Lengkap dengan 2 tong Cinch Chocolate , 1 botol Omega, 1 botol Lecithin, 1 botol Herblax dengan hanya RM353 sahaja. Percuma keahlian untuk anda!
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleejohorbahru
Comments
Post a Comment