5 AMALAN DAN KEPERLUAN UNTUK WANITA MENGANDUNG

“Tahniah, Puan disahkan hamil 4 minggu”.

Inilah ayat yang paling ditunggu-tunggu oleh setiap pasangan yang baru mendirikan rumahtangga. Akhirnya telah tiba giliran anda untuk bergelar seorang ibu dan bakal mendapat cahaya mata. 

Tetapi masih ada sesetengah wanita mengandung yang keliru dan tidak tahu apa yang perlu mereka lakukan. Dalam entry kali ni, ira nak kongsikan beberapa amalan dan keperluan buat semua wanita mengandung. 


1. Buat buku pink ibu mengandung



Buku kehamilan atau dikenali sebagai buku pink memang sangat diperlukan setiap kali anda hamil. Buku pink adalah buku rekod temujanji pemeriksaan antenatal. 

Pergilah ke mana-mana Klinik Kesihatan ibu mengandung terdekat dan maklumkan pada mereka yang anda pertama kali hamil. Jururawat akan sediakan buku pink setelah pemeriksaan. 

Antara pemeriksaan antenatal; 

• Pemeriksaan tinggi dan berat

• Tarikh dijangka bersalin (EDD)

• Ujian air kencing


2. Amalkan Pemakanan yang Sihat



Pengambilan makanan yang tinggi khasiat sangat penting untuk setiap wanita mengandung agar bayi membesar dengan baik. Jauhi makanan beralkohol, makan makanan ringan atau makanan segera. 

Amalkan pengambilan buah-buahan setiap hari. Buah yang tinggi vitamin akan bantu beri nutrisi untuk bakal ibu dan bakal anak di dalam kandungan. 


3. Bersenam dengan kerap

Senaman berimpak rendah dapat membantu meredakan sakit belakang, meningkatkan peredaran darah dan meningkatkan mood anda. 

Selain itu, ia juga bantu untuk menguatkan otor dan ligamen anda sebagai persediaan sebelum bersalin. Berenang, berjalan kaki atau Yoga pra natal boleh dipraktikan sepanjang kehamilan. 


4. Banyakkan membaca bahan-bahan ilmiah

Sepanjang kehamilan adalah waktu sesuai untuk bakal ibu mengisi masa lapang dengan membaca. Banyakkan membaca tentang kehamilan, berpantang dan juga penyusuan. 

Membaca juga boleh membantu kita untuk lebih mengenali kita sendiri semasa mengandung. Tidak semua orang mempunyai pengalaman mengandung yang sama. 


5. Mengambil Vitamin / Supppemen Hamil

Vitamin atau supplemen  oleh diambil sebelum mengandung atau apabila kita sedang merancang untuk mengandung. 

Vitamin atau supplemen sangat elok diambil oleh wanita mengandung kerana ia mengandungi banyak nutrisi yang janin perlukan seperti Asid Folik, Zat Besi dan Kalsium. 






Comments

Popular Posts