Keburukan Intermittent Fasting yang ramai tidak tahu


Sebelum ini Ira pernah kongsikan tentang kebaikan dan manfaat Intermittent Fasting (IF). Sebab Ira tahu ramai yang mula mengamalkan Intermittent Fasting untuk menurunkan berat badan tanpa stress. 

Intermittent Fasting atau berpuasa secara sekejap adalah sebahagian daripada kehidupan banyak orang di seluruh dunia. Bukan sahaja cara untuk menurunkan berat badan tetapi juga sebagai cara untuk menjaga kesihatan badan dan bebas dari zat sisa yang memabukkan badan. Ini kerana autophagy berlaku dan mesti ada berpuasa iaitu tubuh makan sendiri ketika tidak dibekalkan dengan makanan yang memberikannya tenaga. 



Bagaimana pun, terdapat makanan yang dapat mengaktifkan autophagy seperti lada, kopi hitam, kunyit, teh hijau, brokoli atau eldeberry.

Yoshinori Ohsumi, seorang saintis Jepun dianugerahkan Hadiah Nobel dalam Fisilogi atau Perubatan untuk penemuannya tentang bagaimana sel tubuh mengalami proses kitar semula yang dikenali sebagai Autophagy atau dalam istilah Yunani bermaksud "Makan Dengan Sendiri".



Antara kelebihan Autophagy: 

  • Menguatkan sistem pertahanan badan
  • Mengelakkan berat badan berlebihan dan ia adalah kunci untuk mengawal kegemukan
  • Melindungi daripada barah kerana Autophagy merawat melindungi sel yang sihat
  • Mencegah diabetes tahap II
  • Mengurangkan kemungkinan menderita penyakkit neurodegeneratif
  • Melindungi flora usus
  • Mengawal tekanan darah
  • Mengurangkan keradangan
  • Autography merangsang pengeluaran hormon pertumbuhan. Bermaksud mereka meingkatkan kepadatan tulang dan jisim otot

Tetapi tanpa kita sedar rupanya Intermittent Fasting ini ada keburukannya jugak! 

Macam tak percaya kan? Sebab selama ini kita selalu dimomokkan dengan kebaikan Intermittent Fasting. 

Antara Keburukan Intermittent Fasting

  1. Mengurangkan tahap Collagen dalam badan - Menurut DR Berg, If akan menyebabkan kesan terhadap kulit kita. Di mana kulit akan menjadi kering dan hilang keanjalan disebabkan kehilangan collagen sebanyak 90%
  2. Kekurangan Garam Mineral dan Nutrisi - Sekiranya kita tidak menjaga pemakanan ketika IF, badan akan berisiko tinggi mengalami masalah kekuangan garam mineral.
  3. Gangguan tidur atau Insomnia - Bahaya sekiranya kita tidur dalam keadaan lapar. Ini kerana rasa lapar yang teruk boleh meningkatkan tahap kortisol. 
  4. Menyebabkan keletihan melampau - Bila buat IF sehingga 72jam, badan akan mengalami keletihan melampau kerana badan hanya minum air tanpa kalori tanpa makan selama waktu itu.

Comments

Popular Posts