Intermittent Fasting : Diet Secara Puasa yang Popular
Kebelakangan ini kita mesti pernah mendengar mengenai Interminttent Fasting atau lebih dikenali dengan panggilan IF. Ramai rakyat di Malaysia yang telah mengamalkan kaedah diet secara IF kerana dianggap sangat efektif untuk menurunkan berat badan. Dimana kita tidak perlu bersusah payah untuk mengurangkan kuantiti makanan tetapi hanya perlu mengawal jadual makan sahaja.
Apa itu Intermittent Fasting?
Intermittent Fasting atau IF adalah salah satu kaedah diet yang dilakukan dengan cara berpuasa dalam waktu tertentu. Tempoh puasa yang secara amnya yang diterapkan dalam intermittent fasting adalah 12 jam hingga 40 jam. Intermittent Fasting berbeza dengan kaedah diet yang lain di mana biasanya memerlukan kita untuk menghadkan atau mengurangkan pengambilan makanan tertentu, manakala kaedah Intermittent Fasting mempunyai ciri-ciri untuk mengawal tabiat pemakanan harian tetapi dinasihatkan untuk mengambil makanan sihat dan seimbang yang dapat memberikan nutrisi serta manfaat pada badan ketika melakukan Intermittent Fasting. Jangan lupa minum air secukupnya ketika melakukan diet Interminttent Fasting untuk mengelakkan daripada dehidrasi.
Cara Diet Interminttent Fasting
Terdapat beberapa cara diet Intermittent Fasting yang boleh dilakukan. Tetapi saya hanya akan menjelaskan DUA cara diet Intermitten Fasting yang popular sahaja.
- 16:8 Intermittent Fasting - Kaedah ini harus berpuasa selama 16 jam dan kemudian boleh makan dalam waktu 8 jam. Sebagai contoh, 10 pagi hingga 6 petang adalah antara waktu yang dibolehkan untuk makan, manakala selebihnya puasa.
- 5:2 Intermittent Fasting - Kaedah ini pulak perlu makan seperti biasa selama 5 hari dan berpuasa secara berselang hari. Jadual diet kaedah ini lebih kurang macam berpuasa sunat Isnin & Khamis.
Manfaat Intermittent Fasting
Mari saya kongsikan beberapa manfaat mengamalkan Intermittent Fasting. Antaranya :
- Membantu dalam menurunkan berat badan, membakar lemak visceral dan mengurangkan rasa lapar
- Mencegah keradangan dalam badan
- Menurunkan gula dalam darah
- Membantu dalam proses membaik pulih sel-sel dalam tubuh badan dengan proses autogif, meningkatkan fungsi kignitif dan meningkatkan fokus juga tenaga
- Meningkatkan pertumbuhan neuron baru dan melindungi otak dari kerosakan
- Merangsang hormon tumbusaran.
- Merendahkan kolestrol
- Meningkatkan kualiti tidur
Kesimpulan
Intermittent Fasting terbukti telah berjaya menurunkan berat badan dan memberi kesan yang baik kepada metabolisme badan. Ramai yang memilih kaedah ini kerana sangat mudah dan tidak perlu mengeluarkan kos.
Di samping itu, terdapat beberapa cara untuk melakukan kaedah diet Intermitten Fasting ini. Di mana kita boleh memilih mengikut kesesuaian tubuh badan kita. Tambahan pula, terlalu banyak manfaat yang akan kita perolehi sekiranya mengamalkan diet Intermittent Fasting ini.
Bagaimana pun, disrankan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor sebelum melakukan diet Intermitten Fasting ini bagi mengelakkan sebarang risiko tidak diingini.
Sekian sahaja perkongsian saya mengenai Intermittent Fasting ini. Semoga bemanfaat!
Comments
Post a Comment