TAJAAN UMRAH UNTUK SEKELUARGA, PEKEJ PERCUTIAN SHAKLEE PALING MEWAH

Baru lepas musim haji, terus perasaan ni membuak-buak ingin ke sana. Rasa rindu nak menjejakkan kaki ke sana memang tak dapat dibendung setiap kali mendengar atau mendapat khabar ada ahli keluarga atau sahabat yang baru pulang dari Tanah Haram. Jika diberi kesempatan saya ingin pergi haji ketika masih muda dan sihat tubuh badan. Sebab haji bukannya macam umrah, haji betul-betul menguji mental dan fizikal. Perlu ada persiapan yang mantap. 

Tapi itula, jemputan haji adalah rahsia Allah SWT. Kita teruskan saja berdoa agar Allah bukakan jalan untuk menjadi tetamu Allah bagi menunaikan rukan Islam ke 5 ini. In sha Allah.

Kenangan Umrah 2019 bersama mak dan bapak


4 tahun lepas saya berpeluang menunaikan umrah bersama mak dan bapak. Alhamdulillah Allah rezekikan saya untuk menemani mereka sepanjang berada di sana. 

Jauh di sudut hati, saya ingin menunaikan umrah bersama suami dan anak saya pula. Sampai hari ni saya masih optimis akan dapat pergi umrah percutian dengan Shaklee. Semuanya Shaklee akan tanggung untuk saya, suami dan anak kami. 

Trip Umrah Shaklee 2023


In sha Allah, saya akan usahakan untuk dapat umrah tajaan Shaklee. Bukan saja untuk anak dan suami, Shaklee juga akan taja keluraga termasuk mak mengikut kelayakan tiket tanpa perlu bayar apa-apa. 

Mengikut pengalaman mereka yang sudah berkali-kali menunaikan umrah Shakee, hotel yang disediakan sangat dekat dengan MasjidilHaram dan Masjid Nabawi. Jadi, kalau ada orang tua atau anak kecil, perjalanan akan jadi lebih mudah. Semasa saya pergi umrah pada 2019, hotel saya juga sangat dekat. Tetapi yang pastinya dengan Shaklee akan dapat hotel bertarat 5 bintang pula. 

Suasana hotel di Madinah



Suasana hotel di Makkah


Sebelum berangkat, setiap orang akan mendapat luggage, telekung Siti Khadijah dan kain ihram. MasyaAllah! Seronoknya. 


Master Farihah bersama suami, anak dan ibu mertuanya menaiki business class ketikan umrah tajaan Shaklee 2023

Mohon doakan agar saya sekeluarga dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik dan diberi peluang untuk menunaikan umrah yang ditaja oleh Shaklee. Doakan hajat saya dimakbulkan Allah SWT. Kalau teringin nak travel setiap tahun, hubungi Pengedar Shaklee Johor Bahru untuk tahu bagaimana caranya. Tak kiralah apa latar belakang, Shaklee akan tetap beri peluang sama rata semua pengedarnya untuk sama-sama berjaya. 


Comments

Popular Posts