Daripada seorang Pembantu Akaun, kini saya selesa fokus kerja dari rumah


Hampir 10 tahun bekerja sebagai Pembantu Akaun, akhirnya saya terpaksa melepaskan kerjaya yang telah lama saya ceburi ni.

Tipulah kalau cakap tak sedih. Majikan yang baik, enviroment kerja yang selesa dan waktu kerja yang fleksible buat saya selesa bekerja disitu. 


Namun, saya diuji dengan kesihatan anak sulung yang masih kecil dan perlukan penjagaan rapi. Segalanya berubah apabila anak saya dimasukkan ke PICU selama 3 hari dan berlanjutan di wad selama 6 hari untuk rawatan susulan. Pada masa yang sama, tarikh tersebut sepatutnya saya sudah mula bekerja setelah 2 bulan cuti bersalin. 


Keadaan Fatimah ketika di PICU



Bayangkan anak saya masih kecil dan ketika di bawa ke hospital dia dalam keadaan kritikal.  Hari pertama dia dimasukkan ke ICU, saya sudah nekad membuat keputusan untuk berhenti kerja. Kerana saya tahu apabila dia sudah discharge pasti memerlukan penjagaan yang lebih teliti. Dengan izin dari suami saya terus memberitahu majikan untuk berhenti kerja dengan notis 24 jam. Ini bukanlah satu keputusan yang mudah. Ibarat diluah mati emak, ditelan mati ayah. Komitmen yang perlu dibayar setiap bulan mencecah hampir 4 angka. Tapi fikiran saya hanyalah pada anak dan saya yakin pasti ada hikmahnya. In sha Allah.. 


Syukur saya telah memulakan bisnes Shaklee ketika masih bujang lagi. Tetapi ketika itu saya menjalankan bisnes secara part time sahaja. Jadi ketika saya memutuskan untuk berhenti dari kerja hakiki, saya juga telah mempunyai satu lagi bisnes yang boleh saya teruskan sambil menjaga anak saya. Maka bermulalah perjalanan baru saya sebagai seorang suribisnes iaitu kerja dari rumah sambil menjaga anak.


Bukan mudah sebernarnya dengan anak yang masih kecil, tetapi saya tidak berputus asa. Kerana saya fikir bisnes yang sedang saya jalankan ini sangat mudah dan fleksible, jadi sangat rugi jika saya sia-siakan. 


Bayangkan, Shaklee sudah menyediakan website untuk saya monitor perjalanan bisnes saya. Di situlah saya dapat melihat progress downline saya. Dan paling penting jika saya perlu membuat pesanan hanya key in di dalam website dan seterusnya pihak HQ yang akan poskan kepada customer. 


Saya hanya perlu fokus membuat iklan di media sosial dan mencari sale sahaja. Selebihnya Shaklee yang akan uruskan semuanya. 


Sebenarnya untuk berniaga Shaklee dan sertai team ARG yang saya asaskan sejak 2017 ini tidak memerlukan modal untuk beli stok pun. Kalau ingin berdaftar hanya perlu bayar RM35 atau boleh daftar secara percuma dengan syarat. 





Kemudian, saya akan bantu satu persatu. Terutama buat ibu-ibu yang nak tambah pendapatan dari rumah, saya nak bantu anda untuk berniaga tanpa modal. 


Sedia menyediakan online training dan coaching one-to-one suapaya dapat memberi impak yang maksimum tanpa perlukan bayaran tambahan. 


Setelah hampir 6 tahun saya bina team, syukur Alhamdulillah bonus bulanan saya terima berganda-ganda. 


Yang penting perlu konsisten, fokus pada matlamat jangka panjang dan sentiasa upgrade ilmu. 





Nasihat saya untuk surirumah dan para ibu yang masih ragu-ragu untuk memulakan bisnes, teruslah pandang ke depan. Usah dihirau kata-kata yang cuab menjatuhkan kita. Fokus pada jalan yang kita pilih kerana hidup adalah pilihan. 


Untuk berniaga dan tambah pendapatan, mulakan langkah anda hari ni dan hubungi saya untuk bantuan. 



#blogmegashaklee

#shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#shakleejohorbahru






Comments

Popular Posts