5 TIPS PENTING BILA NAK BUAT OPEN HOUSE HARI RAYA




Budaya “Open House” atau rumah terbuka tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat kita sepanjang Syawal. Bila musim raya tiba, semua orang berpakat untuk mengadakan open house. Tujuan utama pastinya ingin berkumpul dengan sanak saudara serta kawan-kawan. Di samping ingin merapatkan lagi tali silaturahim kerana jarang berjumpa. Jadi ketika open house itulah kita dapat berkongsi cerita dan bertanya khabar. 

Tapi sebelum mengadakan open house, ada beberapa checklist yang perlu kita semak supaya open house hari raya kita berjalan lancar. Terutamanya bagi mereka yang pertama kali ingin mengadakan open house. 

Jom semak checklist di bawah :


1. TENTUKAN JUMLAH TETAMU

Perkara pertama yang perlu kita fikirkan adalah jumlah tetamu yang akan dijemput. Ini untuk mengelakkan kejadian seperti makanan tidak mencukupi ketika majlis berlangsung. 

Ira lebih suka untuk lebihkan sedikit makanan dan minuman daripada jumlah anggaran tetamu yang ada. Orang cakap lebih baik lebih daripada kurang kan?


2. PILIH MENU YANG SESUAI

Bila dah confirm tentang jumlah tetamu, next step adalah memilih menu hidangan yang sesuai. Waktu jamuan atau open house sangat mempengaruhi jenis makanan. Misalnya kalau kita mahu buat pada waktu tengah hari, pastikan ada juadah berat seperti nasi, mee dan lain-lain. Kita juga patut ambil kira tentang juadah untuk kanak-kanak. Pastikan sediakan makanan yang tidak terlalu pedas untuk mereka. 

Jangan lupa juga makanan wajib hari raya iaitu ketupat, rendang, , kuah kacang dan kuih raya. Bagi pilihan minuman pula, samada minuman sejuk, panas dan air kosong pun kena ada. 


3. PILIH TARIKH DAN MASA YANG SESUAI

Perkara tarikh dan masa open house jangan diambil mudah. Kebiasaannya hujung minggu adalah waktu yang paling sesuai kerana pastinya kita dan tetamu tidak berasa rushing sepanjang open house. 

Selain itu, rancang open house bermula sama ada pada waktu tengah hari atau waktu malam. 


4. SUASANA RUMAH YANG NYAMAN

Kebersihan antara elemen yang perlu diambil kira sebelum mengadakan open house. Kita harus memastikan rumah sentiasa bersih termasuk sekitarnya. 

Susun atur perabot supaya terlihat luas dan tidak menggangu ruang perjalan kaki. Sediakan juga ruang yang sesuai supaya memudahkan tetamu berkumpul bersama. 


5. LAYAN TETAMU

Pastikan semuanya tersedia lengkap dari segi makanan, minuman, tempat sampah, perkakas makanan supaya kita dapat melayan tetamu dan tidak kelam kabut semasa open house berlangsung. 

Iyalah, biasanya tetamu datang dari jauh bukan semata untuk makan. Tetapi juga ingin berjumpa dengan tuan rumah dam saudara yang lain. Tak syoklah kalau orang datang tapi kita masih sibuk di dapur. 

Okay, ni saja checklist yang Ira dapat kongsikan. Harap dapat membantu korang sedikit sebanyak sebelum membuat open house nanti. Jangan lupa jemput Ira ye bila buat open house nanti🤗


Comments

Popular Posts