MERIAHNYA RAYA BERSAMA SHAKLEE
Assalamualaikum! MasyaAllah! Pejam celik pejam celik dah 10 hari kita menyambut bulan Syawal. Terasa baru sahaja kita berpuasa sebulan kan? Tapi sekarang semua sakan dah berhari raya. Apa tah lagi selepas beberapa tahun beraya dalam suasana PKP, mestilah kali ini kita nak beraya dengan suasana yang meriah sekali. Perasaan gembira setiap orang semestinya tak dapat diungkap kerana dapat pulang ke kampung bertemu dengan ibu bapa, keluarga dan sanak saudara setelah bertahun berada jauh dari mereka.
Tapi dalam kita bergembira, jangan lupa untuk sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling. Amaran dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengumumkan supaya berhati-hati dengan cuaca sekarang. 9 kawasan di Malaysia telah mengalami cuaca panas sehingga 37 darjah celsius iaitu pada tahap berjaga-jaga. Cuaca panas boleh memudaratkan kesihatan dan pendedahan kepada cuaca panas yang berterusan boleh menyebabkan KELESUAN dan STROK HABA.
KKM juga mengingatkan orang ramai terutamanya bagi mereka yang menyambut perayaan Aidilfitri ketika cuaca panas untuk mengambil langkah berjaga-jaga. Antaranya :
- Rancang aktiviti beraya atau ziarah dan elakkan waktu puncak cuaca antara jam 11 pagi hingga 4 petang.
- Banyakkan minum air kosong walaupon tidak berasa dahaga bagi mengekalkan tahap hidrasi untuk mengawal atur suhu badan.
- Kurangkan minum air manis, berkafein dan berkarbonat.
- Awasi gejala keletihan dalam kalangan bayi, kanak-kanak dan warga emas kerana mereka mungkin mengalami dehidrasi tanpa disedari.
Selain daripada arahan KKM, kita juga perlu untuk mengambil supplement tambahan untuk meningkatkan lagi tahap imuniti badan kita. Cuaca tak menentu boleh menyebabkan kita mudah jatuh sakit. Bayangkanlah hari raya pertama je Ira dah start selsema dan sakit tekak. Mujurlah ada Vitamin C dari Shaklee.
Selain Vitamin C, Hero Kiddo dan Nutriferon juga memang Ira dah standby selalu. Bila rasa tak sedap badan, cepat-cepat ambil ketiga-tiga supplement tu. In sha Allah, membantu untuk cepat sembuh. Sebab ketiga-tiga supplement ni sangat bagus untuk sistem immune badan kita.
Cerita pasal raya, semestinya tak lepas daripada makan-makan. Rendang, ketupat, kuah lodeh, kuah kacang dan beraneka lauk raya semestinya dah sedia untuk disantap. Maklumlah, raya setahun sekali, bila lagi nak makan lauk raya kan?
Tapi jangan nak seronok sangat tau. Kan sepanjang puasa kita dah berjaya turunkan berat badan, takkanlah raya kita nak naikkan semula berat badan kita! Eh taknaklah. Habis tu macam mana dengan lauk raya yang sedap-sedap tu. Sayanglah kalau tak makan kan.
Jangan risau! Shaklee kan😘
Bukan sahaja untuk kurus, kebiasannya bila terlalu banyak makan perut kita akan terasa senak kan? Terkadang jugak jadi semelit. Nah! Salah satu item dalam set kurus Shaklee ni sangat membantu untuk atasi masalah anda.
Jom kita tengok fungsi setiap item ini :
Selepas ni confirm banyak jemputan open house kan? Jangan lupa untuk standby perisai nak lawan lemak-lemak degil tu tau. Nak makan sedap tapi still nak kurus? Whatsapp je Ira untuk Ira guide okey. Jom sambut Hari Raya dengan Shaklee dengan penuh kesyukuran.
Akhir sekali, Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin dari Ira sekeluarga.
#blogmegaShaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleejohor
Comments
Post a Comment