9 Sebab Kenapa Community Bisnes Shaklee sangat Best


Bulan Februari ini, genap 6 tahun saya bersama Shaklee. Tipulah kalau tak terdetik untuk berhenti kerana kita tahu setiap perjalanan bisnes itu ada pasang surutnya. Tapi setiap kali nak berhenti pasti ada satu perasaan untuk saya terus bertahan. Dan inilah buktinya! 6 tahun yang penuh suka duka😊

Kalau ditanya kenapa masih bertahan dengan bisnes Shaklee? Entahlah terlalu banyak sebab untuk saya bertahan salah satunya disebabkan oleh community bisnes Shaklee sangat best!

Mari saya kongsikan 9 sebab kenapa Community Bisnes Shaklee sangat best.

1. Ukhwah yang harmoni

Saya merupakan seorang yang Introvert. Saya sangat segan bila berjumpa denga orang baru. Lagilah saya baru berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Jadi masa saya banyak dihabiskan di rumah saja. Seolah-olah saya tiada kehidupan di dunia luar. Tetapi bila saya fokus pada bisnes Shaklee, saya dapat berkenalan dan bermesra dengan rakan-rakan baru. Contohnya ketika saya join Projek Blog Mega Shaklee 1.0, saya dapat berkenalan dengan sideline dari team lain. Ukhwah yang terjalin sangat ikhlas tanpa mengira latar belakang. 

2. Mewah dengan Kelas Ilmu

Apa yang paling saya suka dalam community bisnes Shaklee ini, upline atau mentor telah menyediakan pelbagai kelas ilmu dari segi kelas marketing, sales, leadership dan kelas nutrisi. Kami tidak perlu mengharapkan kelas dari company semata. Kelas yang disediakan adalah percuma sahaja. Kita hanya perlu meluangkan masa untuk join semuan kelas yang disediakan. 

3. Saling Sokong antara satu sama lain

Walaupon kami datang dari berlainan team, tetapi kami tidak kedekut dalam berkongsi ilmu dan kami jugak saling mendoakan kejayaan sesama team. Tambahan pula kami membuta bisnes yang sama, tetapi kami saling support each other kerana kami percaya kepada konsep rezeki. tidak ada istilah berebut customer kerana kami yakin Allah telah menentukan rezeki setiap hambaNya.

4. Positif Circle

Saya suka berada dalam circle ini. Bayangkan saya seorang surirumah 24/7 hanya di rumah. Terkadang saya akan berasa bosan dan perlukan kawan untuk berkongsi cerita. Dan circle Shaklee ini sangat positif dan membentuk diri saya menjadi seorang yang waras dan berfikiran rasional.

5. Marketing Langit / Pengisian Rohani

Community bisnes Shakle semakin seronok apabila upline atau mentor sentiasa menitik beratkan tentang ilmu akhirat. Di mana mereka selalu menekankan kesimbangan ilmu dunia dan akhirat. Upline juga sentiasa mengingatkan tentang muamalat dalam berniaga dan saling mengingatkan tentang keberkatan rezeki. Selain itu, team kami juga akan mengadakan bacaan Yasin setiap malam Jumaat untuk menguatkan lagi ukhwah kami dalm bisnes ini.

6. Networking dari Pakar Bertauliah

Kami bukan mencari ilmu semata-mata di Google. Tapi dari pakar bertauliah seperti Nutritionist, Doktor, Saintis dan Pharmacist. Misalnya upline kami, Master Coordinator Norita Idris telah bekerjasama dengan Dr Redza dan Dr Hafiz untuk mengadakan kelas tentang kepentingan supplement. Sebagai ditsributors, kami sangat perlukan ilmu ini supaya lebih yakin apabila berdepan dengan customer dan juga team.

7. Tiada Jurang antara Rank

Dalam bisnes Shaklee tidak ada perbezaan atau jurang di antara setiap rank. Misalnya jika Shaklee membuat event atau aktiviti di setiap branch, semua orang dijemput hadir tidak kiralah anda di rank distributors, Supervisor sampailah Master Coordinator. 

8. Travel bersama-sama

Mesti ramai yang tahu bahawa bisnes Shaklee menawarkan bonus travel Regional dan International. Dan pastinya bila kita terpilih travel bersama Shaklee secara tidak langsng kita dapat travel bersama upline, downline dan juga sideline. Semasa travel kita tidak memilih bulu. Kerana ketika inilah kita dapat mengenal dengan lebih rapat rakan-rakan dari team lain.

9. Improve skills.

MasyaAllah! Saya tak tahu nak bersyukur macam mana lagi. Sejak join community bisnes Shaklee, saya dapat improve skills dari segi percakapan, leadership, kreativiti dalam membuat poster, bahkan dengan bisnes ini jugaklah saya mula berkenalan dengan dunia blog.

Terlalu banyak sebenarnya yang saya dapat daripada community bisnes Shaklee ini. Dan saya sangat bertuah berada di sini. Jika anda seorang surirumah sedang mencari satu bisnes mudah dan mempunyai community yang best, marilah sertai team saya. Dan anda sendiri akan merasakan perubahan yang positif seperti saya😊

Comments

Popular Posts