TIPS TRAVEL DENGAN ANAK KECIL SUPAYA LEBIH MUDAH

Assalamualaikum! Hari ni Ira nak sharekan beberapa tips travel dengan anak kecil. Walaupun Ira tak pernah bawa anak Ira travel ke luar negara, setidak-tidaknya Ira dah ada pengalaman travel di dalam negara. Dan mungkin sedikit sebanyak tips ini boleh diguna pakai ketika travel di dalam atau di luar negara. 

Orang cakap masa anak kecil lah kena banyak-banyak travel tetapi itu pun jika kewangan mengizinkan. Masa anak kecil ni belum terikat lagi dengan sekolah dan tidak perlu menunggu cuti sekolah tiba. Bila-bila saja boleh zassss, terus travel. 

Tips Travel dengan Anak Kecil

Semasa anak Ira berumur 6 bulan, Ira terpaksa bawa dia travel ke Kuala Lumpur untuk attend satu event yang Shaklee adakan. Ira telah di invite untuk menghadiri Business Leader National Conference (BLNC). Ini adalah pengalaman pertama travel membawa anak kecil. Dan ini juga merupakan pengalaman pertama my baby travel luar dari Johor. Ira dan suami terpaksa bawa sebab atas sebab-sebab tertentu. 

Kenangan bawa Fatimah ke Melaka selepas habis event BLNC di Kuala Lumpur


1. Pastikan Rehat yang Cukup

Kita memang perlu memastikan anak-anak cukup rehat. Waktu tidur mereka lebih panjang berbanding orang dewasa. Tidak kira lah sama ada travel naik kapal terbang, kereta apa, bas atau kereta pun, kita perlu memastikan mereka mendapat rehat yang cukup. Bila travel dengan anak kecil yang tidak cukup rehat, mereka akan mudah meragam dan bukan anak saja yang penat, tetapi ibu bapa turut berasa penat nak uruskan tantrum anak. 

Seronok bawa dia travel masa ni sebab tak meragam. Alhamdulillah!



2. Pakaian yang Sesuai

Bila travel dengan anak kecikl, kita jangan pentingkan diri sendiri. Dari aspek pakaian jangan ikut sedap mata memandang kita je. Kita kena ambil kira suhu kawasan, adakah anak kita selesa atau tidak. Sebab sesetengah anak kecil sangat sensitif dengan suhu sejuk. Jika pergi pada musim panas panas pula, pastikan ibu menyediakan pakaian yang nipis dan bersesuaian suapaya anak berasa selesa dan senang bergerak. 


3. Makan yang Mengenyangkan

Alhamdulillah semasa Ira travel bawak anak, tidak terlalu renyah untuk sediakan makanan dia. Sebab dia baru saja boleh makan. Just bawa puri buah dan sediakan susu yang cukup untuk dia. 

Sebelum travel, beri anak makan makanan yang mengenyangkan seperti nasi, ayam, daging dan telur. Elakkan beri mereka junkfood. Travel dengan anak ni banyak  benda yang mungkin kita tak jangka akan berlaku. Tetapi juga kita boleh elakkan daripada perkara  yang berbahaya dari berlaku. 


4. Buat Research tempat Dituju

Sebelum pergi mana-mana,  saya akan pilih tempat yang sesuai dengan anak kecil. Jadi tips travel dengan anak kecil mestilah tempat itu mesra kanak-kanak. Jika tidak, anak akan berasa bosan dan tantrum. 

Kalau travel tapi tak buat research, kita pun tak tahu nak share apa dengan anak. Memang niat kita nak travel tapi travel yang boleh memberi pengajaran dan pengalaman untuk anak. In sha Allah berbaloi. 


5. Bawa Lebih, Jangan Kurang

Bila travel dengan anak kecil banyak benda yang tak boleh dijangka. Misalnya tiba-tiba anak muntah di dalam kereta. Atau kadang-kadang plan nak pergi 2 hari tapi jadi 3 hari. Jika tempar yang kita tuju dekat dengan kemudahan untuk membeli barang anak tidak jadi masalah. Tetapi jika jauh di pedalaman atau berkhemah di hutan dan sebagainya, mana nak cari pampers lebih, makanan lebih, baju lebih. Pening mak nanti😂


6.Bawa Perisai dan Pendinding Diri

Paling penting bila berjalan atau travel dengan anak kecil, perkara ini yang perlu diambil berat. Sebagai orang Islam, kita percaya kepada makhluk lain juga. Setiap kali keluar rumah pastikan baca doa ini sebagai pendinding diri dan anak-anak. 



Selain itu, pastikan bekalan ubat-ubatan yang penting seperti ubat demam, ubat sakit perut, krim gigitan serangga, dan juga vitamin jangan sampai tertinggal walaupun sedang travel. 

Antara ubatan yang Ira bawa untuk Fatimah

Vitamin ini lah yang banyak bantu saya untuk sentiasa kekal bertenaga sepanjang travel. Sebab kesihatan ini adalah keutamaan ketika travel. Kalau travel tapi badan tak sihat, memang tak seronok jadinya. 

Jadi inilah antara tips travel yang saya boleh kongsikan untuk anda. Semoga bermanfaat❤️



#shakleejohorbahru

#blogmegashaklee

#shakleetriumph2023

#shakleethrive2022



Comments

Popular Posts