AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
Semua orang mengimpikan sebuah gaya hidup yang lebih sihat, tetapi bukan nudah untuk membuat perubahan. Membuang tabiat buruk dan menukar kepada tabiat yang lebih baik adalah tugas yang sangat mencabar.
Untuk memulakan amalan gaya hidup sihat anda perlu menitik beratkan beberapa aspek seperti pemakanan, kesihatan mental, dan senaman fizikal. Sangat mudah kan? Tetapi kenapa ramai yang masih gagal?
Salah satu puncanya adalah membuat perubahan terlalu mendadak. Perubahan mendadak biasanya akan bertahan beberapa waktu sahaja. Seterusnya kita akan penat dan berputus asa. Jika ingin membuat perubahan perlu buat sedikit demi sedikit mengikut tahap keselesaan anda. Kerana yang paling penting gaya hidup sihat ni berkekalan sampai ke hujung usia kita.
Jom mulakan amalan gaya hidup sihat dengan 4 langkah ini:
1. KAWAL PEMAKANAN
Gaya pemakanan sihat adalah menyedari apa yang masuk ke dalam mulut, bukan makan mengikut nafsu. Adakan ini berkmaksud kita tidak boleh makan kuih muih atau makan segara? Tidak. Kuncinya adalah kawal, makanan makanan yang kurang sihat ni boleh makan pada waktu tertentu dan berpada-pada.
Salah satu mudah untuk kawal pemakanan adalah menggunkan konsep suku suku separuh yang disarankan oleh Kementerian Malaysia.
2. BANYAKKAN AKTIVITI FIZIKAL
Kebanyakan perkejaan sekarang kurang memerlukan pergerakan fizikal yang banyak. Sehari 7-8 jam duduk sahaja di depan komputer. Sebelum memulakan aktiviti senaman berkala apa kata cuba dahulu untuk menjadi lebih aktif dengan aktiviti di bawah ;
• Jalan kaki untuk perjalanan yang dekat (kurang dari 1km)
• Gunakan tangga berbanding lift
• Rajinkan buat kerja rumah (megemop dan menyapu)
• Regangkan badan selama 10 minit
• Parking kereta jauh dari office
Untuk aktiviti senaman, cari aktiviti yang paling sesuai dengan diri anda. Lakukan minima 3 kali seminggu dan 30 minit setiap sesi. Senaman bukan sahaja membantu mengurangkan berat badan dan mencegah penyakit, ia juga mampu meningkatkan tenaga dan menjadi lebih gembira dengan penghasilan hormon dopamin, adernalin dan endorfin. Pernah dengar pepatah arab “Akal yang cerdas bermula dari badan yang cergas”.
3. JAGA KESIHATAN MENTAL
Tidak ada gunanya jika badan kita sihat tetapi mental kita tertekan. Dengan tekanan di tempat kerja dan penat menempuh kesesakan jalan raya, generasi kini mudah mendapatkan tekanan mental.
Ini antara aktiviti untuk menjaga kesihatan mental;
• Belajar kemahiran baru atau mulakan hobi baru bagi memastikan minda sentiasa muda dan aktif.
• Kajian membuktikan meditasi mampu mengawal tekanan dan kerisauan. Bagi yang Muslim, ibadah solat dan doa adalah salah satu bentuk meditasi. Ketika solat kita ibarat terpisah sebentar daripada dunia.
• Luangkan masa dengan alam sekitar. Sekali sekala kita perlu lari daripada kesibukan kota. Pergilah berkelah di air terjun atau pantai.
4. DAPATKAN WAKTU TIDUR YANG CUKUP
Tidur yang cukup adalah salah satu elemen terpenting dalam membima gaya hidup sihat. Tidak cukup tidur akan menyebabkan otak anda sukar untuk fokus dan mudah jatuh sakit. Tetapkan waktu tidur anda . Tidur sekurangnya 6-8 jam sehari.
Mulakan gaya hidup sihat dengan mengubah sedikit demi sedikit dalam aspek kehidupan. Mulakan dengan langkah kecil dan tambah baik dari semasa ke semasa.
Ini saja perkongsian Ira tentang amalan gaya hidup sihat. Semoga bermanfaat untuk semua. Jom sama-sama kita ubah gaya hidup kita ke arah lebib sihat mulai hari ni.
Comments
Post a Comment