5 AMALAN MENJEMPUT REZEKI
Assalamualaikum! Entry sebelum ni selalu sangat Ira share tentang Shaklee kan? Mesti korang bosan sebab asik asik Shaklee je. Hehehe
Okey, hari ni Ira nak beri Kata kata motivasi atau lebih kurang tazkirah tentang rezeki. Ira mula perasan sejak awal tahun 2023 ni ramai sangat yang berniaga bisnes mula drop, yang bekerja pula tidak ada lagi “OT”. Dengan kos sara hidup pula makin meningkat. Mereka semua terkesan dengan inflasi yang menimpa ekonomi negara kita.
Tapi Ira sentiasa ingatkan diri, andai kita rasa susah hari ni ada ramai lagi orang di luar sana yang mempunyai nasib lebih teruk daripada kita hari ni. Walaupun kita belum dikurniakan lagi rezeki dari Allah, janganlah sesekali berputus asa. Mungkin belum masanya lagi dan janga berhenti berputus asa. Namun itu tidak menghalang kita daripada cuba untuk mengamalkan beberapa amalan menjemput dan melapangkan rezeki.
Jom Ira sharekan beberapa amalan menjemput rezeki :
1. Banyakkan bersedekah
Salah satu tips kunci rezeki lancar adalah dengan bersedekah. Sedekah adalah salah satu amalan yang ajaib. Bayangkan semakin banyak kita bersedekah, semakin banyak Allah tambahkan rezeki kepada kita. Tetapi bersedekah mestilah ikhlas niat kerana Allah SWT.
2. Amalkan Solat Dhuha
Antara kunci kepada murahnya rezeki juga adalah dengan mengamalkan solat sunat Dhuha. Bagi mereka yang mempunyai kekangan waktu kerana bekerja, boleh melaksanakan mengikut kemampuan. Sama ada dua atau empat rakaat. Lakukan dengan istiqomah serta yakin dengan kuasa Allah. In sha Allah, dengan izin Allah akan diberkati , dirahmati dengan limpahan rezeki.
3. Membaca Surah Al-Waqiah
Apabila kita kerap membaca surah Al-Waqiah dan jadikania sebagai rutin harian, bukan sahaja hati akan terasa tenang malah kita tidak akan pernah merasa kesempitan wang. Begitu juga rezeki dalam pelbagai bentuk akan sentiasa melimpah ruah tanpa kita sedar.
4. Berbakti Kepada Kedua Ibu Bapa
Antara amalan murah rezeki yang boleh membuatkan Allah membukan pintu rezeki seluasnya adalah dengan berbuat baik, berbakti, menjaga hati, menjaga kebajikan, beri kasih sayang dan mendoakan kedua ibu bapa.
5. Selesaikan Hutang
Ramai yang tahu hutang akan dituntut walaupun kita sudah meninggal dunia. Maka menjadi kewajipan kita untuk melangsaikannya. Jangan bertangguh membayar hutang kerana itu salah satu perbuatan yang akan menyekat rezeki kita. Jika ada rezeki lebih, utamakan untuk membayar hutang terlebih dahulu supaya sentiasa berkat rezeki yang kita dapat.
Ini serba sedikt amalan menjemput rezeki yang Ira dapat kongsikan. Dan Ira nak sharekan juga doa agar sentiasa di murahkan rezeki.
Boleh amalkan doa ini juga setiap pagi. In sha Allah, dengan izin-Nya diluaskan rezeki seluas lautan. Aamiin
Semoga perkongsian Ira sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada anda semua🤗
Comments
Post a Comment